Aku...
Siapa aku.. bukan kamu...bukan juga dia, mereka,
apatah lagi siapa-siapa..
Ya.. aku...
Akulah pemilik blog ini..
Siapa aku dari kamu.
1. Seorang perempuan yang average.
"Ko ni tipikal perempuan", Nina says.
2. "Sha ni suka jalan-jalan kan? Tiap-tiap minggu keluar",- My kakak-kakak roomate.
3. First impression, seorang yang pendiam dan lurus,- Mira- (seperti biasa)
4. Complicated. Juga Nina yang berkata-kata. Sebabnya, dia suka mengatakan yang aku berfikir lama untuk membuat keputusan.Suka ending yang sedih-sedih. Suka buat cerita tragis. Suka berlakon watak dengan berlebih-lebihan(mengada-ngada)
5. Suka berangan-angan dan duduk termenung sampai boleh tembus dinding- Jimi, Nina, Rihdwan, Salimah dan ramai lagi masa zaman sekolah.
6. "Konon baik, bila dah kenal baru tahu kepala jahat dan gengster"- Teah,Na,Izzah, Zaira,Nou (Geng Kerusi Belakang)
7. Berfikiran Matang- Salimah
8. Degil- abah
9. "Sha ni sengal la"-Ayumi
10. "Sha,sha,sha",- Qilah
11. "Ko ni hard core gak ek"- Pejo
12. Suka memerhati.- Kak Nad, Nina
13. Suka fikir benda yang jauh ke depan- Nina.
14. Suka buat bising dan banyak cakap-kakak dan adik aku
15. "Ko ni psycho lah"- Im
16. Kuat tidur dan tengok tv,-umi
17. Kadang-kadang tak tahu malu- Liza
18. Gila-gila-Farhana
19. Baik- Diba
20. Antara peduli dan tak peduli-Umi
21. Lembut- Err, aku tak ingat siapa gerangan yang melontarkan sifat ini kepadaku
heheheh...Banyak lagi tapi aku dah tak boleh nak berfikir.
Siapa aku dari aku.
1. Seorang perempuan yang biasa-biasa. Suka tengok cerita korea, Suka sangat dengan Kim rae Won, Wentworth Miller, dan Arjun Rampal. Kalau melayu, Aaron Aziz...(Am I really a typical girl?)
2.Memang. Aku suka berjalan-jalan dan keluar beli belah. Tapi aku juga seorang yang suka menghabiskan masa di rumah atau bilik juga.
3. Sebenarnya, peramah. Aku tak boleh jadi seorng yang pendiam.
4. Complicated?? Erm, mungkin aku memang mengambil masa dalam buat keputusan bak kata Qila juga, tapi aku tak lah serumit mana. Simple dan kadang-kadang messy. Aku suka kelihatan sebegitu..(ahaks)..
5. Suka berfikir sesuatu sambil memandang tajam pada satu arah. Itu yang kadang-kadang orang salah faham kata aku berangan. Dan mungkin ada satu, dua masa yang betul aku berangan..(hahahha)
6. Nak buat macam mana, ekspresi wajah aku nampak baik.. Aku bukan hipokrit nak tunjuk muka perempuan ala-ala ayu dan manja...(eiiii).. dan memang aku suka senyum. Aku akui, aku memang nakal,tapi sebab orang nmpak aku baik, hilanglah kenakalan aku..(hehhe)..
7. Aku rasa, aku tak lah berfikiran matang sangat. Mungkin disebabkan aku memerhati sekeliling, pemikiran aku nampak matang disebabkan pengamatan aku dan rasional. Banyak juga yang aku rasa aku fikir separa matang.
8. Memang degil. Aku suka ikut cara aku. Suka berkeras. Tapi bukan semua pun aku boleh ikut kepala sendiri..
9. Aku boleh jadi seorang yang sangat 'mengong-mengong'.
10. Aku suka bila Qila kata "Sha,Sha,Sha..." Dan aku memang aku...Sha, Sha, Sha... always aku..
11. Aku senang nak menangis. Senang sangat nak mengeluarkan air mata. Tapi aku tak suka tunjuk depan orang melainkan dah tak boleh nak tipu dan sorok lagi.
12. Yang ni, aku baru perasan aku ada tabiat memerhati walaupun sebenarnya aku tak tahu pun yang aku ni Pemerhati(dulu)
13. Kadang-kadang aku suka fikir benda yang kedepan. Contoh natijah dan keadaan akan datang.
14. Aku suka kacau adik dengan kakak aku. Kadang-kadang umi aku pun. Saja. Kalau diorang tengah study lagilah aku suka kacau dengan tak ada tujuan.
15. Entah.. Mungkin kot, aku kadang-kadang suka buat orang rasa terpsycho..(Hahah)..
16. Memang aku tv maniac.. Sebab tu, aku suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton tv dan zzzzz...
17. Kalau datang waktu otak tengah tak betul memang aku boleh jadi tak tahu malu.. Tapi aku rasa aku seorang yang pemalu jugak tapi bukan yang agak -agak dan sangat pemalu.
18. Memang seorang yang gila-gila. Tak suka yang skema-skema. Suka buat peraturan sendiri.(ikut suka diri sendiri)
19. Baik...Erm, baik la jugak..(angkat bakul sendiri)
20. Aku memang seorang yang peduli dan tak peduli. Jenis yang tak kisah dan sangat last minute.
21. Lembut... Sikit kot, aku tak suka marah orang depan orang lain dan tak suka menjerit bila nak marah.
22. Suka memendam rasa. Kadang-kadang tak suka kongsi masalah dengan orang lain sebab sangat mengambil masa untuk mempercayai orang itu menyimpan rahsia.
23. Suka dengar masalah orang lain.(pendengar yang baik)..Chewahh
24. Suka mengeluarkan pendapat sendiri dan tak kisah kalau orang lain tak mahu terima.
25. Seorang yang cool dan sempoi(perasan)
Nota tangan: Macam balas dendam jer enti ni.. Panjang berjela..untuk yang membaca terima kasih sebab bersabar dengan karangan yang panjang lebar ini.hehe